Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/STPM

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/STPM|ADAKAH anda berminat menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA)? Anda perlu ketahui kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/setaraf dan lepasan STPM/setaraf sebelum membuat permohonan UPU. Untuk makluman anda, permohonan UPU online  kemasukan ambilan 2018/2019 boleh dibuat secara online mulai 5 Februari hingga 10 April 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019 Online
👉 Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/2019

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/STPM

Permohonan UPU kemasukan ke UA/IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja.

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf

Berikut adalah senarai kategori permohonan UPU online mengikut kelayakan dan tahun bagi lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf:

A. LEPASAN SPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :

Kategori A
◾Pemohon yang menggunakan kelayakan
     SPM tahun 2017 sahaja

Kategori B
◾Pemohon yang menggunakan keputusan
     SPM tahun 2015 atau 2016

Kategori C
◾Pemohon yang menggunakan keputusan
     SPM tahun 2014 atau sebelumnya atau
     sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA

Kategori D
◾Pemohon yang menggunakan keputusan
     seperti berikut :
👉 SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
👉 SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
👉 SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016

B.  LEPASAN STPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan STPM/ setaraf adalah seperti berikut :

Kategori A
◾Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017
    Aliran Sastera

Kategori S
◾Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017
     Aliran Sains

Kategori T
◾Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau
     2017 sahaja

C. PELAJAR MATRIKULASI KPM/ PASUM/ 
    ASASI UiTM

Senarai kategori pemohonan untuk Lepasan Asasi / Matrikulasi adalah seperti berikut:

Kategori N
◾Aliran Sains

Kategori P
◾Aliran Perakaunan

Kategori U
◾Aliran Undang-undang

Kategori K
◾Aliran Kejuruteraan UiTM

Kategori L
◾Aliran TESL

Kategori J
◾Aliran Teknikal BMKPM



Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf ini bermanfaat untuk semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.