Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini 2018

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini 2018|ADAKAH anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Adakah anda ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 (Enam)? Sedia maklum, menyambung pengajian ke Tingkatan 6 atau Form 6 adalah pilihan terbaik selain ke Universiti Awam / IPTA buat pelajar lepasan SPM. Apakah syarat kemasukan terkini ke Tingkatan 6? Berikut kami kongsikan syarat kemasukan terkini ke Tingkatan 6 untuk panduan anda.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini 2018

Untuk pengetahuan anda, bagi pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6. Keputusan pada kebiasaannya diumumkan selepas tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan syarat am dan syarat khas kemasukan Tingkatan 6:

A. Syarat Am

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    dengan mendapat sekurang-kurangnya
    kepujian bagi mata pelajaran Bahasa
    Melayu.

2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun
    pada 1 Januari tahun 2017.

B. Syarat Khas

1. Jurusan Sains

◾Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Matematik/ Matematik Tambahan
● Fizik
● Kimia
● Biologi
● Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
● Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Jurusan Kemanusiaan

1. Sekolah Menengah Harian / Sekolah
    Menengah Teknik
◾Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
● Kesusasteraan Melayu/ Literature in
   English
● Sejarah
● Geografi/ Pendidikan Seni Visual
● Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/
   Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/
   Tari
● Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
● Matematik/ Matematik Tambahan
● Prinsip Perakaunan
● Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
● Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata
   Pelajaran Vokasional (MPV)
● Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran
   dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah
   Islamiah
● Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/
   Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/
   English for Science and Technology
● Sains Pertanian/ Pengajian
   Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi/
   Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/
   Pengetahuan Sains Sukan

2. Sekolah Menengah Agama
a) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
    (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama
    Bantuan Kerajaan (SABK)

● Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
● Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
iv. Sejarah
V. Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
Vi. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
Vii. Matematik/ Matematik Tambahan
Viii. Prinsip Perakaunan
viiii. Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
x. Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
xi. Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
xii. Pendidikan Syariah Islamiah
xiii. Bahasa Arab
xiiii. Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

Cara Pengiraan Gred Kemasukan Tingkatan 6

GRED    NILAI GRED PURATA      TAHAP
               KESELURUHAN (GPK)

A+                         1         Cemerlang Tertinggi
A                           1         Cemerlang Tinggi
A-                          2         Cemerlang
B+                         3         Kepujian Tertinggi
B                           4         Kepujian Tinggi
C+                         5         Kepujian Atas
C                           6         Kepujian
D                           7         Lulus Atas
E                           8         Lulus
G                           9         Gagal

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini 2018 boleh dijadikan panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat memasuki Form 6!

No comments

Powered by Blogger.