Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018

Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018|PANDUAN buat calon yang sedang menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PT3 2018 berjudul kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar. Calon PT3 perlu menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 mulai 8 hingga 27 Julai 2018. Berikut dikongsikan peta lakar iaitu cara melukis peta dan mentafsir peta buat rujukan pelajar.

Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018

Peta adalah gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara.

Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan cara buat peta lakar tugasan geografi PT3:

Ciri-Ciri Asas Peta Lengkap

Antara ciri-ciri asas peta yang lengkap adalah seperti berikut:

1. Tajuk Peta
2. Bingkai Peta
3. Petunjuk Peta
4. Petunjuk Arah Utara
5. Simbol
6. Ciri Fizikal dan Ciri Budaya

Definisi Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

Definisi Ciri Budaya

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, pelombongan, pengangkutan dan perhubungan.

Simbol Fizikal

Mewakili ciri-ciri semulajadi. Contohnya: bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

Simbol Budaya

Mewakili ciri-ciri buatan manusia. Contohnya: petempatan, tanaman, perhubungan dan pelombongan.

Singkatan

Digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam yang lain yang terdapat di dalam peta.

       Singkatan                    Ciri Geografi

          T.A.                                 Tali Air
          Pdg.                               Padang
           G.                                  Gunung
         Hosp.                             Hospital
          Ldg.                               Ladang
           Kg.                               Kampung
           B.P.                              Balai Pos
           Bt.                                  Bukit
           P.P.                             Pejabat Pos
            S.                                  Sungai
          Sek.                               Sekolah

Warna 

Berperanan menunjukkan ciri geografi yang terdapat di dalam peta.

Contoh:
◾Jalan Raya: Merah
◾Tanah Tinggi: Oren/Coklat
◾Kawasan Perairan: Biru
◾Hutan, Tumbuh-tumbuhan: Hijau
◾Bangunan: Hitam

Cara Melukis Peta Lakar

Antara cara melukis peta lakar adalah seperti berikut:

1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan

2. Kebiasaannya, peta lakar tidak memerlukan skala

3. Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian

4. Lukis simbol dan diwarnai serta singkatan bagi setiap ciri geografi

5. Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta.

Contoh Peta Lakar

Tajuk: Peta Kawasan Kampung Belum Baru


Cara Mentafsir Peta Lakar

Antara cara mentafsir peta lakar adalah seperti berikut:

1. Perhatikan tajuk peta
2. Lihat petunjuk arah mata angin
3. Perhatikan petunjuk peta
4. Perhatikan skala
5. Kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya
6. Membuat rumusan yang sesuai

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan panduan tugasan Geografi PT3 2018, sila rujuk artikel dibawah:

👉 Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi
PT3
👉 Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3
👉 Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3

Semoga perkongsian Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018 ini dijadikan rujukan buat semua pelajar PT3!

1 comment:

Powered by Blogger.