Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Geografi PT3 2018

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Geografi PT3 2018|PANDUAN buat calon PT3 yang sedang menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 yang berjudul kajian guna tanah di kawasan kajian. Berikut dikongsikan cara mengatasi kesan guna tanah di kawasan kajian buat rujukan pelajar.

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Geografi PT3 2018

Terdapat pelbagai cara atau langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi kesan guna tanah di sesuatu kawasan kajian. Pembangunan tanah tanpa kawalan akan mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna serta menganggu ekosistem setempat.

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara mengatasi kesan guna tanah di kawasan kajian:

Antara cara mengatasi kesan guna tanah di kawasan kajian adalah penanaman semula  tumbuh-tumbuhan di kawasan lereng bukit. Sebagai contoh kawasan pertanian yang telah musnah di Cameron Highlands, aktiviti penanaman semula tumbuh-tumbuhan wajar dilakukan.

Selain itu, kaedah pertanian teres amat sesuai digunakan bagi mengatasi kesan guna tanah yang melampau di kawasan kajian. Hal ini dapat mengurangkan hakisan tanih dan tanah runtuh di cerun bukit. Contohnya anda boleh lihat kegiatan
pertanian teres di ladang sayur Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Seterusnya, kegiatan tarahan cerun bukit merupakan inisiatif terbaik bagi membendung kesan guna tanah. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

Akhir sekali, penghutanan semula di kawasan yang telah musnah. Kaedah penghutanan semula ini dapat mengurangkan kejadian hakisan dan menjamin bekalan kayu kayan pada masa hadapan.

Info:
Contoh penulisan yang dikongsikan hanya  sebagai contoh sahaja!

Informasi Berkaitan

Untuk dapatkan nota dan panduan Geografi PT3 2018, sila rujuk artikel dibawah:

Semoga perkongsian Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Geografi PT3 2018 ini dapat membantu pelajar menyiapkan laporan yang terbaik!

No comments

Powered by Blogger.