Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 2018

Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 2018|PANDUAN buat calon Tingkatan 3 (PT3) yang sedang menyiapkan kerja kursus atau tugasan Geografi PT3 tahun 2018. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon PT3 perlu menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 mulai 8 hingga 27 Julai 2018. Berikut dikongsikan contoh kaedah kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018 buat panduan pelajar.

Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 2018

Kaedah kajian merupakan satu usaha atau langkah yang dilakukan secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang dijalankan.

Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018:

Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Untuk melakukan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti berikut:

1. Kaedah Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian dan juga tinjauan bagi mengenalpasti ciri-ciri geografi iaitu ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan kajian yang dijalankan.

2. Penyelidikan

Saya bersama rakan sekolah turut mengunjungi ke perpustakaan bagi menjalankan penyelidikan sumber seperti buku ilmiah, majalah, akhbar, jurnal dan sebagainya.

3. Temubual dan Borang Soal Selidik

Selain kaedah pemerhatian dan penyelidikan, saya juga menggunakan kaedah temubual besertakan borang soal selidik dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya melakukan soal temubual dengan beberapa orang sumber yang terdapat di tempat tinggal saya.

4. Melayari Internet

Dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini, saya menggunakan platform internet sebagai sumber mencari maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Saya turut memuat turun bahan berkaitan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan.

Info:
Contoh penulisan yang dikongsikan hanya  sebagai contoh sahaja!

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan panduan tugasan Geografi PT3 2018, sila rujuk artikel dibawah:

👉 Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi
PT3
👉 Contoh Jadual Kerja Geografi PT3
👉 Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3
👉 Contoh Objektif Kajian Geografi PT3

Semoga perkongsian Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018 ini dapat membantu anda menghasilkan laporan yang terbaik!

2 comments:

Powered by Blogger.