Jenis Guna Tanah di Kawasan Kajian Geografi PT3 2018

Jenis Guna Tanah di Kawasan Kajian Geografi PT3 2018|PANDUAN buat calon PT3 yang sedang menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 berjudul kajian guna tanah di kawasan kajian. Menerusi Lembaga Peperiksaan KPM, tugasan atau kerja kursus Geografi PT3 2018 diberi masa 2 minggu untuk disiapkan. Berikut dikongsikan senarai jenis guna tanah di kawasan kajian buat rujukan pelajar.

Jenis Guna Tanah di Kawasan Kajian Geografi PT3 2018

Antara contoh jenis guna tanah adalah seperti kediaman, perdagangan, industri, pengangkutan, pertanian dan lain-lain.

Jenis Guna Tanah di Kawasan Kajian Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan senarai jenis guna tanah di kawasan kajian:

1. Kediaman

Tempat kediaman merujuk kepada kawasan perumahan. Terdapat dua jenis tempat kediaman:
◾Kawasan Kediaman Terancang: Projek Kerajaan, Flat Guru, Kuarters
◾Kawasan Kediaman Tidak Terancang: Kampung Nelayan, Setinggan, Rumah Kampung

2. Perdagangan

Perdagangan merujuk kepada aktiviti jual beli di kawasan yang dibangunkan. Antara kegiatan perdagangan adalah kedai runcit, shopping mall dan juga restoran.

3. Industri

Perindustrian boleh dibahagikan kepada dua iaitu perindustrian terancang dan perindustrian tidak terancang.

◾Perindustrian Terancang: Ringan dan tidak menganggu kediaman
◾Perindustrian Tidak Terancang: Berat dan jauh dari kawasan kediaman

4. Institusi dan Kemudahan Masyarakat

Antara contoh institusi dan kemudahan masyarakat adalah seperti tadia, institut latihan, IPT, hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, masjid, kuil, tokong dan gereja.

5. Kawasan Rekreasi

Antara kawasan rekreasi adalah seperti tataman permainan, padang bola dan kompleks sukan.

6. Pertanian

Antara guna tanah pertanian utama di Malaysia adalah seperti koko, kelapa sawit, dan getah.

7. Pengangkutan dan Komunikasi

Antara contoh pengangkutan adalah seperti lebuhraya, keretapi, LRT/MRT dan lapangan terbang. Manakala, contoh komunikasi adalah menara dan telefon awam.

Informasi Berkaitan

Untuk dapatkan nota dan panduan Geografi PT3 2018, sila rujuk artikel dibawah:

👉 Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi
PT3
👉 Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah
👉 Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
👉 Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah

Semoga perkongsian Jenis Guna Tanah di Kawasan Kajian Geografi PT3 ini dijadikan panduan buat semua calon PT3!

No comments

Powered by Blogger.