Nota Novel Tirani Tingkatan 5

Nota Novel Tirani Tingkatan 5|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2018? Panduan buat anda yang ingin dapatkan nota lengkap Novel Tirani Komsas Tingkatan 5. Berikut dikongsikan nota lengkap Novel Tirani buat rujukan pelajar.

Nota Novel Tirani Tingkatan 5

Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 2 iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Nota Novel Tirani Tingkatan 5

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai nota Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 mengikut setiap bab:

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet  yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci  dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak.

BAB 2: DAYANG MUDA

Semasa di pejabatnya,  Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang  2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.

Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana  bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan  apa yang dihajatinya.
Tidak  beberapa lama kemudian, keadaan chalet  pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor  monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda.

BAB 3: KATARSIS

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja.

Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah.

Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah  Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan  bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di  Silicon Medical Centre (CMC).

BAB 5: DOA SELAMAT

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak  dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda.

BAB 6: METAMORFOSIS

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar  bilik pembedahan.

Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran  pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai  anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi.

BAB 8: HADIAH ALAM

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa  kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang kehadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga   tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.

BAB 9: WAJAH PESONO

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong.  Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang  lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap  tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang  Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka  tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea  tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH

Fatimah menerima E-Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.

Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut  mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan  kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda.

Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.  Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura.

Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.  Di sana proses merekonstruksi sudah selesai.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu.

Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin.

BAB 15: HIDUP RANGGI

Permandangan di kawasan kampung Matang  dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.  Senario  pemandangan  dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan  yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan.

Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang  kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid  tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.  Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia  yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan.

Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus  hubungan dengannya. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

BAB 17: KONFLIK

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda  sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA

 Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.

Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya.

Dia membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut  lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.

Waheeda telah menunjukkan  DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais  menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan  rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.

Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.

Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG f

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri  esok.

Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan  melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.

Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi  Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang.

Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles.

Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.

Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.

BAB 24: KAMA HATI

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit, pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.

Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya.

Sinopsis Keseluruhan Novel

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni  bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan. iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC. Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam.

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya. Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.

Tema 

👉 Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya

Huraian:

(i) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

(ii) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.

(iii) Contoh: Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.

Maklumat Penting

Untuk dapatkan nota lengkap Novel Tirani, sila download link dalam Format PDF seperti dibawah:
KLIK 👉 NOTA NOVEL TIRANI

Info Berkaitan

👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas
👉 Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari

Semoga perkongsian Nota Novel Tirani Tingkatan 5 ini dijadikan rujukan untuk semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.