Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2019/2020 Online

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2019/2020 Online|PANDUAN buat lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke program Matrikulasi tahun 2019/2020. Bilakah tarikh permohonan Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 dibuka? Menerusi Portal Rasmi Matrikulasi, permohonan Matrikulasi sesi 2019/2020 boleh dibuat secara online mulai 19 Julai hingga 30 November 2018. Berikut dikongsikan cara permohonan Program Matrikulasi KPM tahun 2019/2020 buat panduan pelajar.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2019/2020 Online

Sedia maklum, permohonan Program Matrikulasi hanya untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 sahaja. Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Program Matrikulasi Dua Semester dan Program Matrikulasi Empat Semester.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2019/2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Matrikulasi KPM:

Tarikh Penting Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020

◾Tarikh Permohonan: 19 Julai hingga 30
     November 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my

Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    Matrikulasi melalui pautan berikut:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my

2. Pastikan membeli No. PIN berharga RM
    10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    bagi membolehkan mengakses borang
    secara online.

3. Setelah selesai mengisi permohonan, sila
    klik butang 'HANTAR' dan 'CETAK' borang
    permohonan sebagai bukti.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2019/2020 Online

Syarat Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020

Antara syarat permohonan Program Matrikulasi KPM 2019/2020 adalah seperti berikut:

◾Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018

◾Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2018

Syarat Kelayakan Minimum

Antara syarat kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi adalah seperti berikut:

A) Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B) Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C) Aliran Teknikal

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Matrikulasi KPM 2019/2020 Online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran program Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.