Permohonan UiTM Ambilan Januari 2019 (Lepasan SPM)

Permohonan UiTM Ambilan Januari 2019 (Lepasan SPM)|PANDUAN buat anda lepasan SPM/Setaraf yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) ambilan Januari tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi UITM, permohonan UITM ambilan Januari 2019 boleh dibuat secara online mulai 9 Julai 2018 sehingga tarikh tutup pada 27 Ogos 2018.

Permohonan UiTM Ambilan Januari 2019 (Lepasan SPM)

Permohonan ini dibuka bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma. Terdapat 72 program diploma yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf.

Permohonan UiTM Ambilan Januari 2019 Online (Lepasan SPM)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai tarikh dan aplikasi permohonan UITM beserta syarat permohonan:

1. Pemohon boleh layari Portal Rasmi UITM
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.uitm.edu.my/permohonan

2. Sebelum membuat permohonan,
    pastikan pemohon membeli No. Pin
    Unik ID UPU terlebih dahulu.

3. Sila tekan butang HANTAR setelah selesai
    mengisi Borang Permohonan untuk
    memastikan permohonan anda adalah
    muktamad. Sekiranya butang HANTAR
    tidak ditekan, permohonan anda tidak
    diterima.

4. Anda hanya dibenarkan mengemaskini
    maklumat anda sebanyak 3 kali sahaja.
    Bagi menyemak dan mencetak borang
    permohonan anda, sila KLIK DI SINI.

Syarat Kemasukan Universiti Teknologi MARA

Antara syarat kemasukan Universiti Teknologi MARA adalah seperti berikut:

◾Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh permohonan
◾Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia
◾Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
◾Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
◾Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM
◾Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pertanyaan Mengenai Permohonan (Proses pengambilan/ syarat program/ keputusan kemasukan) :
Telefon: (+603) 5544 8067/ 3194/ 3196
Fax: (+603) 5543 8534 (Pejabat Am Bahagian Pengambilan Pelajar)

Selamat membuat permohonan UiTM sesi Januari tahun 2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UITM!

No comments

Powered by Blogger.