Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti 2019 Online

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti 2019 Online|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti tahun 2019? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan 2019? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Kolej Komuniti tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Kolej Komuniti ambilan 2019 akan dibuka secara online pada bulan September 2018.

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti 2019 Online

Pengambilan Kolej Komuniti adalah pada bulan Mac, Julai dan November setiap tahun. Antara program pengajian yang ditawarkan adalah Sijil dan Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kemahiran Khas. Selain Kolej Komuniti, terdapat permohonan Universiti Awam untuk pengambilan kedua (second intake) sesi 2019.

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Kolej Komuniti. Terdapat TIGA (3) kaedah permohonan Kolej Komuniti seperti berikut:

Cara Permohonan Kolej Komuniti 2019 Online

A. Melalui UPU Online

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti akan dibuka pada bulan September melalui Permohonan UPU Online. Pemohon diingatkan membeli No. Pin Unik UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengakses borang secara online.

B. Melalui e-Pengambilan Kolej Komuniti

Pemohon boleh layari melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.jpkk.edu.my

C. Hadir Sendiri ke Kolej Komuniti

Pemohon boleh juga membuat permohonan Kolej Komuniti secara walk-in ke Kolej Komuniti yang ingin dipohon.

Semakan Keputusan Kolej Komuniti Online

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan Kolej Komuniti secara online:

1. Pemohon boleh membuat semakan
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.jpkk.edu.my/esemakan/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau ID
    dan klik pada butang 'Hantar'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 2633 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.

Selamat membuat Permohonan Kolej Komuniti tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Kolej Komuniti!

No comments

Powered by Blogger.