Permohonan SMA MAIWP 2019 Online

Permohonan SMA MAIWP 2019 Online|ADAKAH anda pelajar Tahun 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan SMA MAIWP
ambilan 2019 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November 2018 menerusi Portal Rasmi MAIWP.

Permohonan SMA MAIWP 2019 Online


Permohonan SMA MAIWP 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan SMA MAIWP:

◾ Tarikh Permohonan: *Dijangka bulan
      November 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 SMA MAIWP

Syarat Permohonan SMA MAIWP 2019

Antara syarat permohonan SMA MAIWP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Kelayakan minima 5A 1B dalam Ujian
    Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018.     Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima     adalah 3A 3B.

3. Mendapat 5A 2B/ MUMTAZ dalam Ujian
    Pencapaian Sekolah Rendah Agama
    (UPSRA) 2018 atau yang setara  
    dengannya.

4. Mempunyai asas pengajian Al-Quran
    dalam bidang tilawah dan hafazan.

5. Keutamaan diberikan kepada anak-anak
    Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10%
    dibuka kepada anak-anak yang
    dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan.

6. Menghadiri sesi temuduga dan
    dikehendaki lulus:

- Hafazan dan Tilawah Al-Quran (khas
  untuk calon SMISTA)
- Ujian Kelayakan Tingkatan 1: Fardhu Ain,
  Jawi, Al-Quran dan Bahasa Inggeris
- Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi di talian 03 - 4047 9444 (En. Abdul Halim) atau email ke halim.sulaiman@maiwp.gov.my.

Atau ;

Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 8, Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan SMISTA MAIWP 2019 Online

Selamat membuat permohonan SMA MAIWP tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran MAIWP!

No comments

Powered by Blogger.