Permohonan GIATMARA 2019 Online (Januari & Julai)

Permohonan GIATMARA 2019 Online (Januari & Julai)|BILAKAH tarikh permohonan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA ambilan 2019. Menerusi Portal Rasmi KPM, permohonan GIATMARA ambilan 2019 bakal dibuka secara online mulai 15 Oktober sehingga tarikh tutup 20 Disember 2018.

Permohonan GIATMARA 2019 Online (Januari & Julai)

Program Latihan GIATMARA yang ditawarkan adalah sepenuh masa dan juga separuh masa dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA).

Permohonan GIATMARA 2019 Online (Januari & Julai)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan GIATMARA 2019 Online

A) Program Sepenuh Masa

Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2019 melalui online, hanya untuk pemohon program latihan secara sepenuh masa (full time).

1. Sila layari laman web berikut untuk
    mengisi borang permohonan anda:
KLIK 👉 https://sptv.moe.gov.my/

B) Program Separuh Masa

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

KLIK 👉 Borang Permohonan Program Separuh Masa

Syarat Kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA

Antara syarat kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA adalah seperti berikut:

◾Bumiputera
◾Berumur minima 15 tahun
◾Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
◾Sihat tubuh badan
◾Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Jurusan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia:
  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Semakan Keputusan GIATMARA Online

1. Semakan keputusan GIATMARA dijangka 
boleh dibuat pada bulan Januari 2019 menerusi pautan https://sptv.moe.gov.my/

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03- 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03- 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my

Selamat membuat permohonan GIATMARA ambilan Januari 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke GIATMARA!

No comments

Powered by Blogger.